Umpama buih di lautan

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.”

Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?”

Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.”

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?”

Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”

(Sahih – Hadis riwayat Abu Daud, Kitab al-Malahim: Bab: Fi Tada al Umam ‘Alal Islam, jld. 4, ms. 484, no: 4297)

Hadis di atas memaparkan perkhabaran baginda s.a.w mengenai keadaan umat Islam di akhir zaman. Menarik untuk diperkatakan di sini bahawa jika diamati hadis yang tertera di atas maka kita akan dapati Rasulullah s.a.w menyebut “… Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai..” bagi menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang sahabatnya.

Sebagaimana menurut penjelasan baginda s.a.w, ianya adalah disebabkan oleh sikap umat Islam sendiri yang tidak lagi berpegang teguh kepada jati diri Islam yang tulen, sebaliknya lebih cenderung kepada sifat terlalu cintakan dunia dan takutkan mati (al-Wahn).

Leave a Reply