1879 : Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 : Penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama mencetak wang lebih banyak daripada simpanan emas yang dimilikinya.

1933 : FD Roosevelt dilantik menjadi Presiden AS ketika AS mengalami ‘Great Depression’. Ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500 000 keping wang emas bernilai USD20 setiap satu.

1 Julai 1944 : Perjanjian Bretton Wood di AS. Negara-negara bersekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia Kedua. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD35 untuk setiap 1 auns emas. Perjanjian ini juga mengakui bahawa pencetakan wang sesebuah negara mestilah berdasarkan rizab emas dan dolar dijadikan piawai semua mata wang dunia.

15 Ogos 1971 : Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistem kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu daripada rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja.

SEBARKAN Sejarah Ini. #Viralkan.
Supaya ramai yang cakna sejarah mata wang dunia
.
.
Misi Bangkitkan Penguasaan Ekonomi Orang Islam Di Malaysia | Misi Membina Ekosistem Ekonomi Islam yang Baru | Misi Perjuangan Ekonomi Islam Dunia

www.KoPPIM.com.my

#KoPPIM
#SpendUniteFund
#PenggunaPemilikEkonomi

Leave a Reply