FINANCE 101: RESET MINDSET KEWANGAN

1. Dalam soal kewangan kesilapan ramai orang ialah mereka menganggap perkara yang paling penting ialah mempunyai pendapatan yang besar semata-mata.

2. Sebenarnya pendapatan yang besar belum tentu boleh jamin:

– Tidak terjebak dalam belenggu hutang.
– Dapat bercuti secara konsisten setiap tahun.
– Sedekah secara konsisten kepada orang yang memerlukan
– Beri duit kepada ibubapa secara konsisten
– Mampu untuk membeli rumah.

3. Ramai orang mempunyai masalah di atas, walaupun mereka bekerja sebagai pegawai bank. (akauntan dan seumpamanya)

4. Perkara yang ramai orang terlepas pandang ialah bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik.

5. Sistem pengurusan yang baik bermakna kita tahu berapa pendapatan kita, dan kita tahu bagaimana aliran tunai kita setiap bulan.

6. Di samping itu penting untuk kita mempunyai pelbagai aliran sumber pendapatan. Zaman sekarang kita sangat-sangat tidak boleh bergantung kepada satu pendapatan. Cara paling mudah ialah dengan membuat pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan yang tinggi.

7. Sesungguhnya daalam soal kewangan proses pengurusan kewangan adalah lebih penting, dari sekadar mempunyai pendapatan yang besar.
.
.
Setuju? Apa pandangan anda?
Ada apa-apa perkara anda mahu kongsikan?

Leave a Reply