Raudhah Grocer Xpress. (RGX)
Ini adalah salah satu jenama dan projek yang KoPPIM pilih untuk beli saham strategik.

Dalam situasi Covid-19 ini, menurut kajian pakar, bisnes yang fokuskan kepada barang makanan & penghantaran makanan adalah bisnes yang kalis kesan ekonomi Covid-19.

Ia termasuk dalam salah satu kategori bisnes yang dijangka ‘boom’ selepas ini. Hatta AirAsia sendiri sedang mengorak langkah untuk masuk ke dalam industri penghantaran ini.

KoPPIM pilih untuk beli saham strategik syarikat Muslim yang melakukan kedua-duanya sekali. Kedai menjual barangan makanan/minuman DAN servis penghantaran.
.
.
Cawangan pertama sudah pun dalam proses di Shah Alam Seksyen 24. Ia akan diuruskan oleh MultiRacial Reverted Muslim (MRM) diterajui oleh Ustaz Firdaus Wong, seorang pendakwah terkenal juga salah seorang ‘influencer’.
Tenaga pakar dan berpengalaman dari Malakat Mall Sdn Bhd, Brainy Bunch Group Sdn Bhd dan Raudhah Grocer juga akan turut membantu. Banyak lagi NGO seperti PPIM sendiri juga telah menyatakan sokongan.
.
.
RGX mengfokuskan pembinaan pusat penghantaran barang basah dan barang kering dengan kos renovasi dan operasi yang minima. Ini untuk mengurangkan kos bermula yang tidak perlu dan kos operasi bulanan yang kurang impak.
.
.
RGX dibina dengan fokus utama sebagai pusat penyimpanan stok makanan/minuman termasuk barangan basah yang segar menggunakan teknologi terkini.

Konsepnya adalah penghantaran terus ke rumah setelah order di Online. Walaubagaimanapun, masih juga ada ‘pilihan’ untuk orang membeli secara ‘offline’
.
Lebih 80% barangan dalam RGX adalah milik usahawan Muslim yang susah untuk dapatkan akses masuk ke kedai-kedai. Jadi, RGX secara tak langsung juga membantu usahawan-usahawan Muslim untuk dapat akses kepada pasaran. Ia akan sangat membantu keupayaan mereka untuk kekal berniaga dan keupayaan untuk membayar gaji staf dan sebagainya.
.
.
.
Setiap barang telah diuji dan dikaji untuk menepati standard piawaian tertentu dalam aspek HALAL dan KUALITI yang dijanjikan.

Sasaran RGX adalah untuk ada di seluruh Malaysia di lokasi-lokasi strategik. Doakan RGX pertama ini berjaya beroperasi dalam masa terdekat dengan cemerlang dan kita dapat kembangkan ke lebih banyak tempat.

PENGGUNA PEMILIK EKONOMI
.
.
PS: Mahu menjadi salah seorang pemilik bersama RGX?
Jadi ahli dan beli syer KoPPIM. Layari www.KoPPIM.com.my

untuk info lanjut.

Leave a Reply