CYBERJAYA –  Berjumpa dan beri khidmat nasihat kewangan yang dijalankan oleh Pengasas Kumpulan Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim masih diteruskan dan mendapat tempat di kalangan netizen.

Katanya,  walaupun  Program Ayuh Bangkit 4.0 baru melabuhkan tirai, masih ada netizen yang mahu berjumpa untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan tanpa mengira masa serta lokasi.

Jelasnya, beliau  mahu terus membantu lebih ramai umat islam  untuk menerima khidmat nasihat kewangan secara percuma tanpa sebarangan bayaran.

“Ini kerana, saya mahu melahirkan lebih ramai umat islam yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi dengan ilmu dikongsikan dengan mereka.

“Insyallah dengan sedikit ilmu yang saya ada ini, dapat dikongsikan bersama-sama dengan umat islam lain di luar sana untuk dimanfaatkan bersama,” katanya kepada MBNews ketika ditemui di Malakat Mall, di sini, hari ini.

Mohd Fadzil berkata, kebanyakkan yang hadir berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai bisnes selain mahu menyusun kewangan mereka.

“Dengan ilmu yang saya kongsikan bersama ini moga dapat  menguatkan lagi kewangan peribadi mereka ini yang sanggup meluangkan masa bersama,” katanya.

Leave a Reply