Do The Best, Allah Do The Rest.

Pertemuan yang sangat bermakna dan penuh dengan ilmu dan perkongsian yang sangat manfaat.

1. Kalau tak mampu nak sokong takpe, tapi jangan sampai menjadi ejen-ejen yang nak menghasut untuk kearah kegagalan.

2. Yakin yang rezeki itu dari Allah, rezeki bukan dari manusia jadi jangan iri hati dengan kejayaan atau perjuangan yang menyeru kearah kebaikkan.

3. Yakin dan percaya la pada janji Allah bagi siapa yang berjuang di jalanNya segala keperluannya akan dijaga oleh Allah.

4. Islam itu mudah, indah dan hebat , tugas kita ialah untuk menyampaikan akan keindahan Islam itu kepada seberapa ramai orang.

5. Bekerja pun merupakan suatu perjuangan, bila bekerja niatkan ianya untuk membawa kebaikan dan manfaat kepada ummah. Jangan berkira untuk beri lebih bila bekerja kerana Allah tak pernah sia-siakan setiap kebaikan yang kita lakukan, ini ramai yang percaya tapi tak yakin. Jika kita betul-betul yakin maka kita tak akan berkira untuk buat kerja yang lebih.

Ayuh kita sama-sama bangkit untuk mentransformasikan eko-sistem ekonomi yang sedia ada kepada eko-sistem Ekonomi Islam yang lebih adil dan saksama.

Ini bukan perjuangan orang perseorangan tetapi ia merupakan perjuangan kita sebagai seorang Muslim untuk memerangi riba dan mengembalikan sistem ekonomi yang diredhai Allah.

Yang benar,
Coach Fadzil
Pendekar Ekonomi Islam

P/S: Jom daftar sebagai ahli KoPPIM sekarang.

Leave a Reply