DANA BANTUAN B40 DIPERLUKAN SEGERA

Kami ingin memohon kepada semua dermawan-dermawan untuk teruskan sumbangan ke projek Zero Hunger di SadaqahMarket.com

Berikut adalah pecahan kegunaan dana yang telah diagihkan:

• Bantuan makanan asas: 3798 keluarga bernilai RM227,800 di sekitar Selangor, Perak dan Pahang

• Bantuan makanan siap masak: 23,600 pack bernilai RM118,000

• Jumlah dana yang telah dikeluarkan RM345,880

Jumlah ini adalah amat kecil berbanding dengan jumlah permohonan untuk dapatkan bantuan.

Sehingga kesaat ini kami menerima 79,218 permohonan untuk mendapat bantuan makanan asas dari seluruh negara.

Jika melihat dari jumlah pemohon ini bermakna dana yang diperlukan lebih kurang RM4.7juta. Jumlah ini boleh dicapai jika 47,000 orang dari keseluruhan masyarakat Malaysia boleh menderma minimum RM100 seorang. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Untuk pengetahuan semua team Zero Hunger telah pun mendapat kebenaran untuk memberi bantuan kepada golongan B40 melalui kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Jadi disini kami merayu kepada semua dermawan-dermawan untuk teruskan sumbangan anda bagi memastikan bantuan kepada golongan B40 ini dapat diteruskan.

Jom bersama-sama kita ambil peluang untuk menjadi antara 47,000 orang yang pertama menderma RM100 seorang.

Leave a Reply