ALLAH swt itu Al-Ghani, Al-Mughni.

ALLAH itu Yang Maha Kaya. ALLAH itu Yang Maha Mengayakan.

Kaya di sini bukan sahaja kaya material, tetapi kaya mental, kaya fizikal dan juga kaya spiritual.

Berbuatlah sesuatu kerana DIA dan untuk DIA. Nescaya kita akan dianugerahkan kekayaan harta benda, kekayaan idea dan inspirasi, kekayaan tenaga tak kenal penat dan juga kaya spiritual iaitu kaya jiwa.

Namun segala kekayaan yang ALLAH berikan itu bukan untuk kita semata-mata. Sebaliknya kekayaan mental, fizikal dan spiritual itu harus kita kongsikan juga dengan orang lain.

Dengan cara itu, baharulah kekayaan yang ALLAH kurniakan kepada kita itu berganda-ganda dan melimpah ruah, tidak henti-henti seperti mengalirnya air di sungai.

Leave a Reply