[Ada 3 Tanggungjawab sebagai Ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia – Siri 2/3]

3 Perkara ini adalah langkah strategik untuk bagaimana ahli dapat membantu sebaiknya untuk kita bersama-sama dapat mencapai misi membina ekosistem ekonomi Islam yang baru lagi kuat dan mapan.

Untuk kebaikan semua pihak termasuk pengguna, usahawan, pekerja dan pelabur//ahli koperasi.

Selain daripada sadaqah strategik, tanggungjawab kedua adalah membuat SIMPANAN PELABURAN STRATEGIK melalui pembelian syer di KoPPIM.

Terdapat 5 peringkat dalam jumlah pembelian syer di KoPPIM.
Setiap peringkat mempunyai manfaat yang berbeza.

Semakin naik level, semakin naik jumlah syer,
bermaksud semakin banyak dividen akan dapat, semakin meningkat nilai impak yang dapat diberikan dan semakin pelbagai manfaat yang dapat sebagai ahli KoPPIM.
.
.
Tujuan level ini adalah sebagai penghargaan tahap yang dicapai dari sudut pembelian syer di KoPPIM. Ini supaya kami pun senang nak ‘design’ program yang bersesuaian bagi setiap kumpulan.

Supaya setiap ahli dapat manfaat maksima dari apa yang KoPPIM lakukan.
.
.
Kami nak ajak anda yang ada lebih, untuk sumbang lebih. Ini supaya dapat percepatkan perancangan kita. Lagi cepat perancangan kita dapat dilakukan, semakin banyak orang kita dapat bantu tuan puan.

Yang mampu sedikit mula yang sedikit. Kita sama-sama bantu semua untuk jadi lebih kuat dalam ekonomi sebagai Pengguna dan Usahawan.

#TanggungjawabAhliKoPPIM
#KoPPIM

Leave a Reply